Tentera Zionis geledah rumah saudara-mara Ashraf Na’alwa

TULKAREM, 19 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah saudara-mara Ashraf Na’alwa di Shuweika, pinggir kota Tulkarem, dan kejiranan al-Ma’ajeen, kota Nablus, awal pagi tadi.

Gerombolan besar tentera Zionis menggeledah rumah bapanya di Shuweika yang dirobohkan dua hari lalu. Mereka turut memecah masuk rumah-rumah dua bapa saudaranya Ghassan Mahdawi dan Azzam, kakak kepada Ashraf, Hindai, di kawasan sama, serta kakaknya Fairuz di kejiranan al-Ma’ajeen di Nablus.

Tentera Zionis dilaporkan menggeledah secara pelik dan luar biasa, termasuk mengeluarkan barangan kecil dari dalam perabot-perabot.

Hindai percaya tentera Zionis cuba mendapatkan semula alat pengesan suara yang mereka pasang ketika menggeledah sebelum ini, ketika memburu Ashraf.

Ashraf ditembak mati di kem pelarian Askar di Nablus pada hari Khamis 13 Disember lalu, selepas diburu selama dua bulan. Beliau menembak mati dua pendatang Yahudi di zon industri Barkan.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts