Tentera Zionis gempur Gaza, 2 penduduk terkorban

GAZA, 18 Sep 2018 — Dua pemuda Palestin terkorban apabila jet-jet perang tentera Zionis menggempur wilayah timur Khan Younis di selatan Gaza malam tadi.

Jenazah kedua-dua mangsa berjaya ditemui oleh pasukan petugas Bulan Sabit Merah Palestin di Qararah Timur pagi tadi, setelah menjalankan operasi mencari selama kira-kira satu jam.

Terdahulu, tentera Zionis menghalang ambulan masuk ke kawasan terbabit selama lebih satu jam, dan hanya membenarkan mereka masuk setelah berunding dengan pihak Bulan Sabit Merah.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts