Tentera Zionis Guna Sekolah UNRWA Sebagai Pengkalan

zerrouguiNEW YORK, 9 Sept 2014 (Alray) — Tentera Zionis menggunakan sebuah sekolah UNRWA di Gaza sebagai pengakalan mereka dalam kempen serangan ke atas penduduk Gaza bulan lalu.

Wakil Khas kepada setiausaha agung Children and Armed Conflict, Leila Zerrougui, dalam ucapannya di Majlis Keselamatan PBB menyebut bahawa tentera Zionis telah memusnahkan sebanyak 244 buah sekolah di Gaza, di mana 75 daripadanaya adalah sekolah UNRWA. “Zionis menggunakan salah sebuah sekolah tersebut sebagai pengkalan tentera,” dakwa beliau tanpa menyebut nama sekolah berkenaan.

Zarrougui turut mengesahkan seramai lebih 500 orang kanak-kanak telah dibunuh oleh tentera Zionis dan 3,106 lagi tercera. Lebih satu per tiga daripada mereka adalah kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Satu per tiga daripada kanak-kanak yang tercedera di Gaza mengalami kecacatan kekal sepenuhnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts