BEIT LAHM, 9 Ogos 2016 (PIC) — Tentera Zionis semalam menghalang 12 keluarga Palestin dari Beit Lahm melawat ahli keluarga mereka yang sedang dikurung dalam penjara Ahli Kedar, dengan membuang permit lawatan yang telah diluluskan ketika menahan sebuah bas yang membawa mereka di sekatan Mitar.
Susulan kejadian tersebut keluarga terbabit menuju ke ibu pejabat Palang Merah di Beit Lahm, di mana mereka telah menyerahkan bantahan terhadap tindakan tentera Zionis dan memohon permit lawatan baharu.