Tentera Zionis halang jemaah masuk Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 2 Sep 2016 (Maan) — Tentera Zionis hari ini menutup Masjid Ibrahimi kepada para jemaah sebagai persediaan untuk menyambut perayaan tahun baharu Yahudi.

Kawasan masjid dikepung dan para jemaah dihalang masuk, sambil para tentera mengiringi pendatang Yahudi masuk ke dalam masjid bersejarah itu.

Masjid Ibrahimi terletak di tengah kota al-Khalil dan sering menjadi tempat tercetusnya ketegangan kerana sering dicemari oleh sekitar 500 pendatang Yahudi yang tinggal di kota tersebut.

Pada tahun 1997, al-Khalil dibahagi kepada dua kawasan. Tentera Zionis mengawal penuh kawasan H2, termasuk Kota Lama di mana terbinanya Masjid Ibrahimi. Masjid Ibrahimi kemudiannya dibahagi dua – sebahagiannya menjadi sebuah sinagog untuk kaum Yahudi dan sebahagian lagi kekal sebagai masjid untuk penduduk Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts