Tentera Zionis halang pembinaan jalan pertanian di Kafr Qaddum

QALQILYA, 17 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis petang semalam merampas buldozer yang disewa oleh penduduk Palestin di bandar Kafr Qaddum di timur Qalqilya, untuk menghalang para petani membina sebatang jalan pertanian ke kebun mereka.

Tentera menyekat pemandu Amjad Jum’ah yang sedang meratakan tanah dan menahan beliau selama beberapa jam sebelum merampas buldozer tersebut.

Pembinaan jalan tersebut didanai oleh Basque Agency for Development Cooperation melalui Cooperation for Peace and Progress (CPP).

Sebahagian besar kawasan Kafr Qaddum terletak di sebalik Tembok Pemisah Zionis, di mana tanahnya sering dirampas untuk meluaskan penempatan haram Yahudi.

(PIC, Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts