NABLUS, 28 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis semalam menghalang kerja pembinaan jalan oleh pihak berkuasa Palestin di Nablus, dan menahan beberapa orang pekerja serta merampas kenderaan dan peralatan.
Kejadian berlaku ketika pekerja-pekerja Brothers Company sedang membaik pulih jalan di kawasan Wadi ash-Sham di utara Nablus.
Tentera turut menyerang pemilik-pemilik tanah dan merampas telefon mereka. Semua kenderaan dan perlatan yang dirampas dilarikan ke kawasan penempatan haram Gilad.
(Palinfo)