Tentera Zionis halang petani Nablus tuai buah zaitun

NABLUS, 18 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menghalang petani Palestin memetik buah zaitun di kebun mereka di bandar al-Nakoura, Zaouta dan Asira al-Shamaliya yang terletak di barat laut wilayah Nablus atas alasan keselamatan.

Sebahagian askar Zionis mengacu senjata ke kepala para petani, mengugut untuk membunuh mereka sekiranya memasuki kawasan kebun. Tidak lama selepas itu, mereka menghalau semua petani keluar dari kawasan kebun.

Tentera Zionis merancang untuk merampas tanah di kawasan tersebut kononnya atas alasan keselamatan, kerana ia terletak berdekatan jalan yang menjadi laluan khusus untuk pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts