SALFIT, 21 Jan 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis meghalang petani Palestin daripada memasuki kebun mereka di kawasan Thuhur Subuh, di perkampungan Kafr al-Dik di daerah Salfit dengan alasan tanah kebun tersebut telah pun dirampas.
Petani terbabit mendakwa mereka adalah pemilik sah tanah terbabit, di mana mereka mempunyai dokumen sah sebagai bukti.
Sebelum ini, pertempuran berlaku di kawasan tersebut ketika penduduk Palestin menghalang cubaan rejim penjajah untuk merampas tanah mereka.