Tentera Zionis halang petani tuai zaitun di Madama

NABLUS, 9 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis semalam menghalang petani Palestin dari perkampungan Madama di selatan Nablus memasuki kebun mereka untuk menuai buah zaitun, atas alasan mereka tidak mendapat kebenaran daripada pihak rejim.

Para petani dipaksa mendapatkan kebenaran dari tentera Zionis terlebih dahulu sebelum memasuki kebun mereka.

Sepanjang musim menuai buah zaitun, petani di Tebing Barat sering dihalang memasuki kebun mereka dan juga diserang oleh pendatang Yahudi yang dilindungi oleh pasukan tentera.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts