Tentera Zionis halau petani Palestin tinggalkan kebun mereka di Nablus

NABLUS, 20 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi menyerang masuk kebun penduduk Palestin di timur Nablus dan menghalau petani yang sedang memetik buah zaitun keluar meninggalkan kawasan tersebut, atas alasan untuk memberi perlindungan kepada pendatang Yahudi yang akan masuk melakukan ritual agama mereka.

Musim menuai zaitun adalah sangat penting kepada penduduk Palestin, yang menjadi identiti dan ketabahan mereka menentang kejahatan rejim Zionis.

Para petani bagaimanapun terpaksa berhadapan dengan pendatang Yahudi yang mencuri buah serta merosakkan tanaman dan membakar kebun zaitun mereka. Pendatang Yahudi juga menyerang para petani dan menghalang mereka masuk ke kebun.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts