Tentera Zionis haramkan siswa masuk kampus selama 6 bulan

NABLUS, 29 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis mengharamkan siswa Yousef Duweikat memasuki kampus Universiti Kebangsaan an-Najah untuk tempoh selama enam bulan, tanpa memberi sebarang alasan.

Beliau sedang menuntut dalam tahun tiga Kejuruteraan Elektrik di kampus tersebut.

Pihak tentera mengeluarkan arahan ketika beliau hadir ke pengkalan tentera Salem untuk diinterogasi.

Yousef yang berasal dari bandar Balata di timur Nablus merupakan seorang ahli Blok Islami, yang sering dikaitkan dengan kempen anti-penjajahan. Pada 17 September 2017, beliau dibebaskan selepas dikurung selama tujuh bulan dalam penjara Zionis.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts