Tentera Zionis Iring Pendatang Yahudi Serang Penduduk Palestin Di Kota Lama Al-Khalil

AL-KHALIL, 14 Nov 2017 — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi yang diiring oleh pasukan tentera Zionis menyerbu masuk Kota Lama al-Khalil dan menyerang penduduk Plaestin di situ pagi tadi.

Tentera Zionis memaksa beberapa peniaga Palestin menutup kedai mereka dan memeriksa kad pengenalan pemuda Palestin yang cuba memasuki Kota Lama sebelum menculik Khalil al-Tamimi, 18.

Pada masa yang sama pendatang Yahudi dari pos penempatan haram Beit Hadassah, Beit Romano dan Tel Rumaida menyerbu masuk beberapa kawasan bersejarah di Kota Lama serta meyerang para peniaga dan penduduk Palestin yang melalui kawasan tersebut.

(Sumber: PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts