Tentera Zionis Jadikan Rumah Penduduk Al-Khalil Sebagai Berek Tentera

AL-KHALIL, 22 Nov 2015 (PIC) — Tentera Zionis sejak tiga hari lalu merampas sebuah rumah penduduk Palestin di kem pelarian Al-Aroub dan menjadikannya sebagai sebuah berek tentera.

Isteri dan tiga orang anak pemilik rumah, Mohammad Jawabrah, masih ditinggal di dalam rumah tersebut. Tentera memberitahu Mohammad bahawa mereka tidak akan dibenarkan keluar dari rumah kecuali keadaan aman di Tebing Barang kembali pulih. Manakala keluarganya pula bimbang sekiranya mereka keluar meninggalkan rumah, tentera akan merampas rumah tersebut buat selama-lamanya.

Seramai 20 orang askar menduduki rumah tersebut, meninggalkan hanya dua bilik untuk ahli keluarga Mohammad. Puluhan lagi askar dikerah ke kawasan rumah tersebut bagi memantau jalan utama berdekatan kem Aroub yang dinamakan sebagai Street 60.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts