Tentera Zionis Jalankan Latihan Dalam Kawasan Kejiranan Palestin

AL-KHALIL, 25 Nov 2015 (ISM) — Di kawasan kejiranan Qaitun yang terletak dalam Kawasan H2 di Al-Khalil, rejim Zionis mempunyai kuasa kawalan penuh ke atas ehwal keselamatan dan juga pentadbiran.

Di sini, penduduk Palestin tidak dibenarkan membina apa-apa bangunan, mengubah suai atau membaiki rumah, dan lain-lain pembinaan betapa kecil sekalipun. Sebaliknya, pendatang Yahudi bebas untuk membina apa sahaja yang mereka mahu.

Tiga pasukan tentera, setiap pasukan dianggotai oleh sekurang-kurangnya 17 orang askar, menceroboh masuk ke dalam rumah penduduk dan menahan keluarga Palestin secara rawak. Mereka masuk ke dalam rumah untuk menuju ke naik bumbung, sambil mencuba peralatan meneropong dan meneliti kesesuaian untuk menembak dari posisi tersebut. Selepas kira-kira 15 minit, mereka turun semula dan menceroboh masuk rumah yang lain.

Kebanyakan mereka adalah askar muda, seakan-akan baharu tamat sekolah tinggi. Mereka lengkap bersenjata, tetapi kelihatan seperti gementar. Keadaan ini boleh membawa risiko yang sangat bahaya kepada penduduk Palestin dan sesiapa sahaja yang berada berdekatan kawasan latihan ini.

Seorang jurulatih, yang diiringi oleh seorang pengawal peribadi, mengajar pelatihnya bagaimana cara menceroboh masuk ke dalam rumah, dan bagaimana menjalankan operasi tentera yang lain seperti menghentikan penduduk awam dan kenderaan di kejiranan Palestin ini.

Sepanjang tiga jam mereka berlatih, 20 buah rumah penduduk Palestin telah diceroboh masuk.

Sebahagian daripada askar dalam kumpulan ini memakai topi keselamatan tentera Amerika, yang memberi indikasi bahawa mereka baharu tiba dari Amerika untuk mengikuti latihan ini dan memberi khidmat kepada tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts