Tentera Zionis Jalankan Latihan Di Kawasan Penduduk Awam

latihanNABLUS, 29 Dis 2014 (PNN) — Tentera Zionis sejak awal pagi menjalankan latihan di kawasan penduduk awam di Khirbet Tawil di selatan Nablus dengan menggunakan peluru hidup.

Wakil jawatankuasa koordinasi penduduk di Aqraba, Yousef Deriyyah, melaporkan bahawa tentera Zionis telah merosakkan beberapa dunum ladang gandum milik penduduk Palestin pada petang Ahad dengan menggunakan jentolak, bagi tujuan persiapan latihan tersebut.

Lahitan tentera Zionis sering menyasarkan penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak, sehingga menyebabkan kecederaan dan memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka.

Ogos lalu, pihak rejim Zionis memaksa keluar seramai 1,300 penduduk Palestin daripada rumah mereka di kawasan berbukit di selatan Al-Khalil, atas dakwaan mereka tinggal di dalam zon latihan tentera.

Manakala pada bulan Oktoebr lalu, tentera Zionis telah menceroboh masuk ke kem pelarian Aida tanpa sebarang provokasi dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah kanak-kanak yang berada di jalanan. Siasatan mendapati tentera berkenaan sebenarnya menjalankan latihan, dengan melibatkan keluarga dan kanak-kanak Palestin dalam latihan mereka.

Dalam bulan yang sama, rejim Zionis mengeluarkan notis ugutan untuk memindahkan 19 keluarga Palestin di utara Lembah Jordan kerana kawasan tersebut akan digunakan untuk urusan ketenteraan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts