Tentera Zionis jual keldai yang dicuri dari penduduk Palestin

TEBING BARAT, 3 Ogos 2016 (WB) — Notis “40 ekor keldai untuk dijual” terpapar dalam akhbar Palestin. Tidak ada apa yang luar biasa dengan iklan tersebut, tetapi ia agak mencurigakan apabila pengiklan notis tersebut adalah tentera Zionis.

Penduduk Palestin mendakwa askar Zionis cuba menjual semula ternakan mereka yang dirampas dari kawasan Lembah Jordan.

Iklan berbahasa Arab tersebut turut menyebut bahawa keldai-keldai berkenaan akan dilelong sekiranya tidak dituntut oleh pemilik. Tetapi kos membuat tuntutan ke atas harta mereka adalah terlalu mahal, di mana bayaran denda sebanyak 2,000 shekel (RM2,120) akan dikenakan untuk setiap ekor.

Pihak berkuasa Zionis mendakwa mereka merampas haiwan ternakan tersebut atas kepentingan awam, terutamanya untuk mengurangkan kes kemalangan jalanraya.

Namun, polisi merampas dan memusnahkan harta serta ternakan penduduk Palestin adalah bertujuan untuk menghalau mereka keluar dari kawasan lembah di sepanjang sempadan Jordan itu. Lembah yang kaya dengan sumber air dan tanah subur itu adalah sangat penting bagi stategi pertahanan rejim Zionis.

Ternakan Palestin juga ditangkap atau dibunuh di kawasan yang diisytiharkan oleh tentera Zionis sebagai zon menembak, di mana 18% daripada kawasan Tebing Barat kini sudah diisytiharkan demikian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts