GAZA, 25 Ogos, 2012 — Di penghujung Hari Raya Aidil Fitri bertepatan 19 Ogos, 2012 ketika warga Gaza sedang nyenyak tidur dan beristirehat di tengah malam, tiba-tiba helikopter Apache milik tentera Zionis Yahudi terbang rendah di atas mukim penduduk Gaza dan menembak roket.
Sembilan roket yang mereka tembak di beberapa wilayah di Semenanjung Gaza telah mensasarkan markas tentera Palestin dan sebuah kompleks milik perisikan dan Angkatan Laut Palestin terletak berdekatan Laut Mediterranean.
Serangan tersebut tidak menyebabkan pengorbanan jiwa tetapi telah mencederakan lima warga Gaza, termasuk wanita yang dikejarkan ke Hospital Syifa di Gaza City.
Israel mendakwa bahawa mereka menembak sembilan roket sebagai serangan balas ke atas roket yang ditembak oleh pejuang Palestin ke wilayah negara haram Yahudi itu. Serangan ini merupakan yang pertama kalinya ke atas Semenanjung Gaza sejak Presiden Muhammad Morsi berkuasa di Mesir.
————-
Laporan wakil HALUAN Abdillah Onim di Semenanjung Gaza.