Tentera Zionis kepung 4 perkampungan di Ramallah dan Salfit

RAMALLAH, 19 Dis 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menyerbu masuk empat perkampungan Palestin di daerah Ramallah dan Salfit di Tebing Barat malam tadi, kemudian menyekat semua laluan masuk dan menghalang penduduk keluar.

Di perkampungan Rantis di Ramallah, tentera menutup laluan masuk dengan timbunan tanah dan bongkah simen serta memasang sekatan jalan, di samping memecah masuk dari rumah ke rumah. Di perkampungan Shuqba di selatan Rantis, sekatan tentera dipasang di semua laluan keluar masuk.

Semua sekolah terpaksa ditutup dan pekerja tidak dapat keluar dari kawasan tersebut.

Semua laluan masuk ke perkampungan Abud, yang terletak di antara Rantis dan Shuqba, juga ditutup dengan bongkah simen.

Tentera Zionis mendakwa bahawa seorang pendatang Yahudi cedera ringan apabila kenderaannya ditembak berdekatan perkampungan Abud petang semalam, beberapa jam setelah tentera menutup laluan di situ.

Perkampungan al-Zawiya di Salfit turut diserbu di mana tentera memecah masuk dan merosakkan beberapa buah rumah penduduk. Mereka mendakwa pemuda dari perkampungan tersebut telah membaling bom Molotov ke arah kenderaan pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts