Tentera Zionis kepung al-Khan al-Ahmar dengan pagar besi

BAITULMAQDIS, 15 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini memasang dua lagi pagar besi tambahan bagi menyekat laluan ke perkampungan masyarakat Badwi di al-Khan al-Ahmar di pinggir Baitulmaqdis.

Pemasangan pagar tersebut serta kerahan pasukan tentera dan polis Zionis di kawasan terbabit menyebabkan masyarakat di situ terkepung sepenuhnya, di mana satu-satunya laluan yang ada adalah dengan berjalan kaki melalui kawasan pergunungan. Seramai 181 penduduk Badwi Palestin tinggal di situ.

Tentera Zionis mengepung al-Khan al-Ahmar sejak awal bulan ini, untuk memusnahkan kawasan perkampungan bagi pembinaan “Rancangan E1 Jerusalem” yang akan mengelilingi kawasan Baitulmaqdis Timur dengan penempatan-penempatan haram Yahudi.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts