Tentera Zionis Kepung Bandar Azzun Selepas Menara Tentera Diserang

QALQILYA, 26 Nov 2017 — Sebuah menara kawalan tentera Zionis di kawasan al-Mendar berdekatan bandar Azzun di timur kota Qalqilya ditembak oleh sekumpulan pemuda yang tidak dikenali malam tadi.

Susulan kejadian, tentera Zionis dikerah ke kawasan sekitar dan mengepung bandar Azzun. Sekatan-sekatan di jalan masuk bandar tersebut yang dibina sejak lebih seminggu lalu juga diperketat.

Beberapa buah rumah dipecah masuk, di mana penduduk diserang secara ganas ketika rumah mereka digeledah.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts