Tentera Zionis kepung bandar Hizma di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 18 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis mengepung dan mengasingkan bandar Hizma di timur Baitulmaqdis Timur malam tadi, menghalang semua penduduk Palestin keluar atau masuk.

Kumpulan pemuda Palestin bertindak balas dengan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan peronda tentera Zionis yang menyerbu kawasan tersebut, yang kemuidan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Tentera Zionis menutup kedua-dua laluan masuk ke bandar tersebut dengan memasang bongkah-bongkah konkrit. Mereka memaksa semua kedai-kedai ditutup selepas memecah masuk dan menggeledah bangunan-bangunan tersebut.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts