Tentera Zionis kepung bandar Sebastia

NABLUS, 18 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerang masuk dan mengepung bandar Sebastia serta Dataran al-Bayader di utara Nablus sebagai persediaan membawa masuk pendatang Yahudi merayakan hari Sukkot.

Semua penduduk Palestin dihalang memasuki kawasan al-Bayader, di mana tentera berkawal di jalan masuk bagi memastikan keselamatan para pendatang Yahudi.

Penduduk bimbang kehadiran pendatang Yahudi yang semakin kerap ke kawasan arkeologi itu membayangkan rancangan Zionis untuk merampasnya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts