Tentera Zionis kepung Beit Surik, kenakan perintah berkurung

BEIT LAHM, 26 Sep 2017 — Tentera Zionis mengepung perkampungan Beit Surik berikutan serangan menembak mati tiga pegawai keselamatan Zionis yang dilakukan oleh seorang penduduknya Nimr Mahmoud Ahmed Jamal hari ini, di mana semua laluan ditutup dan perintah berkurung dikenakan.

Tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga Nimr sehingga merosakkan perabut, dan kemudian menahan adiknya Medhat.

Semua kedai dan sebuah klinik milik PBB dipaksa tutup.

Perkampungan Beit Iksa yang berdekatan juga dikepung.

Benjamin Netanyahu mengesahkan bahawa rumah keluarga Nimr akan dimusnahkan segera, manakala Menteri Perumahan Yoav Galam mengugut untuk menghalau keluarganya ke Syria.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts