Tentera Zionis kepung perkampungan Kisan di Beit Lahm

BEIT LAHM, 1 Sep 2020 — Tentera penjajah Zionis semalam mengepung dan mengenakan perintah berkurung ke atas penduduk perkampungan Kisan di timur Beit Lahm, Tebing Barat.

Gerombolan besar tentera Zionis menyerbu Kisan, mengerah anggota mereka bertebaran di jalan-jalan serta membuat pengumuman tentang perintah berkurung. Mereka menyekat dan memukul penduduk, serta menahan mereka di tengah jalan sehingga beberapa jam.

Penduduk perkampungan Kisan sering menjadi mangsa keganasan pendatang Yahudi dan tentera Zionis. Baru-baru ini, segerombolan pendatang Yahudi berarak menceroboh masuk kawasan perkampungan dan menyerang penternak-penternak Palestin, menghalang mereka mendekati jalan utama perkampungan tersebut.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts