Tentera Zionis kepung perkampungan Kobar selepas pendatang Yahudi ditikam mati

RAMALLAH, 27 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis mengepung perkampungan Kobar di Ramallah awal pagi tadi, dengan menutup laluan-laluan masuk utama dengan timbunan tanah dan merosakkan jalan-jalan.

Tentera Zionis mengumumkan akan mengambil tindakan segera ke atas perkampungan Kobar susulan insiden remaja Muhammad Tareq Youssef Abu Ayyush, 17, menikam tiga pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Adam (Geva Binyamin).

Gerombolan besar tentera memasuki Kobar, memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga Ayyuh, dan membuat tanda-tanda untuk memusnahkan rumah tersebut.

Mereka turut memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah berdekatan, serta menculik tiga penduduk Nasrallah Youssef Mashaal, 17, bersama abangnya Muhammad Mashaal, 21, dan Khaldun Barghouthi, 42.

Pertempuran tercetus apabila penduduk membantah tindakan tentera.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts