Tentera Zionis kepung seluruh kota al-Khalil

BEIT LAHM, 2 Julai 2016 (Maan) — Seluruh kota al-Khalil dikepung berikutan beberapa insiden maut yang mengorbankan tiga penduduk Palestin dan dua pendatang Yahudi dalam tempoh dua hari.

Semua lintasan dan laluan keluar dari kota di selatan Tebing Barat itu dan perkampungan di sekitarnya ditutup, kecuali untuk kes ketenteraan dan kemanusiaan.

Tindakan ini merupakan penutupan terbesar di dalam wilayah Tebing Barat sejak tahun 2014, di mana tiga pendatang Yahudi diculik dan dibunuh ketika itu.

Jurucakap tentera Zionis menyebut bahawa penutupan hanya melibatkan penduduk Palestin, dan tidak dikenakan ke atas pendatang Yahudi yang menetap di kawasan penempatan haram.

Al-Khalil merupakan kota yang paling padat di Tebing Barat. Penduduk Palestin di sini terpaksa melalui hampir 20 sekatan tentera untuk bergerak memenuhi keperluan harian mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts