Tentera Zionis kerah pasukan artileri ke sempadan Gaza

BAYT LAHM, 21 Jan 2016 (Maan) — Jurucakap tentera penjajah Zionis mengesahkan hari ini bahawa pasukan artileri baharu telah dikerahkan ke kawasan sempadan Gaza.

Menurut kenyataan tentera Zionis, pasukan tersebut telah tiba sejak 18 Januari namun tidak menyebut lokasi kerahan tersebut.

Media Zionis membuat spekulasi kemungkinan rancangan serangan ke atas Gaza, yang mana pihak tentera lazimnya mengerahkan pasukan artileri ke sempadan sebelum melancarkan serangan-serangan terdahulu. Namun pihak tentera menafikan pergerakan pasukan artileri ini sebagai bayangan untuk menyerang Gaza.

“Pasukan baharu di sempadan Gaza tiba sebagai sebahagian daripada pergerakan rutin. Tidak ada tujuan operasi secara spesifik dalam pergerakan baharu ke kawasan tersebut,” sebut kenyataan tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts