GAZA, 8 Nov 2016 (MEMO) — Laporan Pusat Hak Asasi Palestin (PCHR) hari ini menunjukkan bahawa tentera penjajah Zionis telah melakukan sebanyak 57 serangan ke atas wilayah Gaza sepanjang bulan Oktober lalu.
Sebanyak 20 serangan meriam dan 27 tembakan senjata lain telah dilakukan, di samping tujuh kali pencerobohan masuk ke dalam kawasan sempadan Gaza. Manakala 12 serangan berlaku di laut, di mana nelayan Palestin ditembak dan diganggu ketika menangkap ikan.
Sepanjang tempoh tersebut, enam penduduk Gaza cedera dan lapan buah bangunan rosak.
Di samping itu, empat penduduk dan dua peniaga Gaza ditangkap di pintu lintasan sempadan Beit Hanoun (Erez).