Tentera Zionis lancar operasi besar-besaran buru Ashraf Ma’alwa

TULKAREM, 31 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis melancarkan operasi besar-besaran di kawasan pinggir kota Tulkarem malam tadi, untuk memburu pemuda Ashraf Na’alwa yang disabitkan membunuh dua orang pendatang Yahudi di kawasan industri Barkan baru-baru ini.

Gerombolan besar tentera dikerah mengepung rumah keluarga Na’alwa, di mana mereka kemudian memecah masuk dan menggeledah, sebelum menyerang ahli keluarga termasuk bapanya.

Mereka juga memecah masuk dan menaiki bumbung rumah-rumah lain milik saudara-mara Na’lawa. Sebuah bangunan yang sedang dibina di kawasan tersebut turut diserbu.

Tentera Zionis turut menyebar risalah yang mengugut penduduk sekiranya membantu Ashraf.

Pada masa yang sama, kumpulan pemuda Palestin bertempur dengan tentera Zionis yang menghalang pergerakan kenderaan penduduk ketika menjalankan operasi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts