Tentera Zionis lancar serangan dan kempen mencari penembak pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 22 Mei 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis Subuh tadi melancarkan operasi menyerang dan mencari secara besar-besaran di bandar Saeer dan seluruh kawasan di daerah bandar tersebut.

Kawasan terbabit diisytiharkan sebagai kawasan larangan tentera apabila sebuah bas yang membawa pendatang Yahudi dikatakan ditembak di laluan menuju ke bandar Saeer.

Terdahulu, pertempuran tercetus di antara tentera Zionis dan pemuda Palestin di selatan kota al-Khalil, apabila tentera Zionis yang berkawal di sebuat sekatan di bandar tersebut melepaskan gas pemedih mata dan grenad pelali ke arah pelajar Sekolah Tariq bin Ziyad. Pertempuran merebak ke sekitar kawasan berdekatan sekolah.

Pagi tadi tentera Zionis membina sekatan sementara di pintu masuk utara kota Halhoul dan juga di pintu masuk kem pelarian al-Aroub di utara al-Khalil. Kenderaan penduduk Palesitn ditahan, di mana para penumpang serta kad pengenalan mereka diperiksa sehingga menyebabkan kesesakan trafik.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts