RAMALLAH, 15 Nov 2015 (Maan) — Seorang kanak-kanak Palestin berumur dua tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala setelah dilanggar dengan sebuah jip tentera Zionis di perkampungan Bir Nabala di barat laut Al-Quds.
Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin menyebut bahawa mangsa, Adel Khader Shahin, telah dikejarkan ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah untuk dirawat namun tidak ada keterangan lanjut tentang tahap kecederaan yang dialami.
Dalam insiden lain di Ramallah, seorang wanita Palestin patah tangan dan mengalami luka serta kecederaan lain setelah dilanggar dengan sebuah jip tentera di laluan utama memasuki bandar Sarda di utara Ramallah.
Kenderaan tentera Zionis yang digunakan untuk berkawal di jalan-jalan di Tebing Barat tidak tertakluk kepada undang-undang trafik.
Beberapa kes langgar melibatkan kenderaan tentera telah berlaku sebelum ini. Jun lalu, tentera Zionis menggunakan sebuah jip untuk melanggar seorang penduduk Palestin yang dituduh cuba membaling bom Cocktail ke arah mereka. Mangsa dibiarkan berdarah selama tiga jam sehingga mati, sebelum jip yang menindih mangsa itu dibenarkan supaya dialih.
Bulan lalu, sebuah jip tentera digunakan secara sengaja melanggar seorang Palestin ketika berlakunya pertempuran.