Tentera Zionis Lanjut Tahanan Remaja Perempuan, Tangkap Ayah dan Sepupunya

RAMALLAH, 21 Disember 2017 — Mahkamah tentera Zionis hari ini melanjutkan tempoh tahanan ke atas remaja perempuan Palestin Ahed al-Tamimi, 17, selama 10 hari lagi.

Mahkamah turut mengumumkan penangkapan ayah beliau Bassem, ketika hadir mendengar perbicaraan tersebut.

Ahed ditangkap dari rumahnya malam semalam, selepas rakaman video beliau menghalau dua orang askar Zionis keluar dari kawasan rumahnya menular luas.

Awal pagi tadi, pasukan tentera Zionis turut menangkap sepupunya Nour al-Tamimi, 21. Semalam, ibunya juga ditangkap ketika cuba mencari meklumat tentang anaknya itu di stesen polis Benyamin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts