Tentera Zionis lanjutkan tahanan Ahli Parlimen Hasan Yousuf kali keempat

RAMALLAH, 16 Jan 2017 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer melanjutkan tahanan pentadbiran ke atas Ahli Parlimen kanan Hamas, Hasan Yousef, selama tiga bulan lagi buat kali ke keempat berturut-turut.

Hasan, 62, dikenakan tanahan pentadbiran sejak 15 bulan lalu di mana beliau berhadapan dengan masalah kesihatan dan memerlukan rawatan secara berterusan.

Beliau diculik dari rumahnya di bandar Beituna di barat Ramallah pada 20 Oktober 2015. Beliau kini dikurung dalam penjara tentera Ofer di barat Ramallah. Hasan pernah beberapa kali di tangkap dan merengkok dalam penjara Zionis selama lebih 21 tahun.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts