Tentera Zionis lanjutkan tahanan kanak-kanak Palestin dalam keadaan masih cedera

AL-KHALIL, 30 Sep 2018 — Mahkamah tentera di pusat tahanan Maskubiya melanjutkan tahanan ke atas kanak-kanak Khalil Jabbarin, 16, selama 13 hari lagi walaupun beliau masih cedera akibat ditembak.

Khalil kini dirawat di Hospital Ramla di mana keadaan beliau dilaporkan semakin baik dan stabil. Tentera Zionis melanjutkan tahanan kononnya untuk menyiapkan siasatan penuh ke atas kesnya.

Beliau cedera parah dan ditangkap pada 16 September lalu, selepas ditembak oleh tentera Zionis di persimpangan penempatan haram Gush Etzion di utara al-Khalil. Beliau dikatakan menikam dan menyebabkan kematian seorang pendatang Yahudi.

Terdahulu, Khalil menjalani pembedahan di Hospital Hadassah untuk membuang peluru-peluru dari badannya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts