Tentera Zionis lanjutkan tempoh penutupan Kota Lama al-Khalil

AL-KHALIL, 4 Jan 2016 (MEMO) — Tentera Zionis melanjutkan tempoh penutupan Kota Lama al-Khalil, yang telah diisytiharkan sebagai zon tentera sejak November lalu.

Penutupan di kawasan sekitar Jabal al-Rahama dan Jalan al-Shuhada akan dilanjutkan sehingga sebulan lagi.

Penduduk Palestin di kawasan terbabit perlu mendaftar untuk mendapatkan permit khas bagi melintasi 18 buah sekatan tentera di pusat bandar tersebut. Penduduk yang tidak mempunyai permit dilarang sama sekali memasuki kawasan berkenaan.

Pendatang Yahudi bagaimanapun dikecualikan daripada sekatan dan syarat tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts