Tentera Zionis Letupkan Rumah Keluarga Syuhada Di Al-Quds

AL-QUDS, 15 nov 2017 — Tentera Zionis pagi tadi meletupkan rumah keluarga syuhada Nemer al-Jamal di perkampungan Beit Surik di barat laut al-Quds.

Nemer dibunuh oleh tentera Zionis pada bulan September lalu setelah beliau membuat serangan menembak di penempatan haram Har Adar berdekatan Beit Surik sehingga membunuh tiga orang anggota polis sempadan Zionis.

Tentera Zionis memasang bahan peledak di rumah tiga tingkat itu dan kemudian meletupkannya, sehingga rumah-rumah di sekitarnya turut mengalami keretakan.

Polisi memusnahkan rumah keluarga Palestin masih diteruskan walaupun jawatankuasa tentera Zionis sebelum ini menyaran ianya dihentikan kerana tidak berjaya menghalang serangan.

(Sumber: PIC, WAFA, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts