Tentera Zionis letupkan rumah keluarga tahanan Palestin

JENIN, 24 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis meletupkan rumah keluarga tahanan Ahmed al-Qunbar di Jenin awal pagi tadi, atas alasan beliau dituduh terlibat dalam serangan yang dilakukan oleh Ahmed Jarrar sehingga menyebabkan kematian seorang rabai pelampau Yahudi.

Tentera menutup laluan ke kejiranan al-Basateen dan memaksa semua keluarga keluar dari rumah mereka, bagi membolehkan pasukan kejuruteraan meletup rumah al-Qunbar. Mereka turut menghalau semua jurnalis dari kawasan itu.

 

Setelah gagal meletupkan rumah tersebut pada pertama kali, tentera Zionis meletupkannya lagi sehingga merosakkan empat buah rumah lain di sekitarnya iaitu milik keluarga Raed Shuqairat, Zhair Addamaj, Allam Abu Hatab, dan peguam Mohammed Shareef.

Keluarga al-Qunbar meninggalkan rumah mereka 10 hari lalu setelah mendapat notis perobohan dari pihak Zionis. Seramai lapan ahli keluarga mereka tinggal di situ.

Pertempuran tercetus apabila tentera mula menyerbu kawasan kejiranan tersebut, di mana kumpulan pemuda Palestin diserang dengan tembakan gas pemedih mata.

(IMEMC, PIC, PNN, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts