Tentera Zionis mengganas di Jenin

JENIN, 5 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menyerang masuk bandar Berkin di barat wilayah Jenin hari ini, sambil beberapa buah pesawat perang berlegar di udara wilayah tersebut.

Beberapa pertempuran berlaku selepas serbuan tersebut, di mana tentera memecah masuk rumah penduduk dan sebilangan yang lain berkawal di atas bumbung-bumbung rumah. Seorang pemuda Palestin dilaporkan cedera.

Ratusan orang askar Zionis menutup laluan-laluan ke bandar Berkin. Mereka merampas beberapa buah kenderaan awam dan kemudian memandu kenderaan-kenderaan tersebut untuk memperdaya penduduk.

Sebelumnya, tentera Zionis menyerbu Berkin dan menculik seorang lelaki dari keluarga Jarar. Seorang lagi pemuda diculik dari tempat kerja beliau di laluan masuk barat Jenin.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts