Tentera Zionis musnah 12 buah rumah di Qalandiya

AL-QUDS, 26 Julai 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis memusnahkan 12 buah rumah penduduk Palestin di bandar Qalandiya di utara al-Quds, atas alasan bangunan terbabit dibina terlalu dekat dengan Tembok Pemisah serta tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Sekumpulan besar tentera Zionis mengiringi enam buah buldozer dan memaksa keluarga terbabit keluar sebelum mula meroboh, sehingga mencetus pertempuran di bandar Qalandiya dan Abu Dis.

Tiga pemuda dilaporkan cedera ditembak dan sekurang-kurangnya empat yang lain mengalami sesak nafas. Ketua bandar Qalandiya, Yousef Awadallah, dan jurnalis Mahmoud Awadallah turut cedera dipukul oleh tentera Zionis.

Ahad lalu, keluarga terbabit diberi notis supaya mengosongkan rumah mereka dalam tempoh 72 jam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts