Tentera Zionis musnah 60 panel solar di perkampungan terpencil di Beit Lahm

BEIT LAHM, 28 Jun 2017 (Maan) — Pasukan pentadbiran awam tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerbu perkampungan terpecil Jubbet al-Dhib di timur kota Beit Lahm dan merampas serta memusnah sekitar 60 panel solar yang membekalkan elektrik kepada 150 penduduk Palestin di situ.

Panel-panel tersebut telah dipasang oleh pertubuhan hak asasi antarabangsa tahun lalu

Jubbet al-Dhib terletak dalam Zon C Tebing Barat, iaitu kawasan yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis dan dikepung oleh beberapa buah penempatan haram Yahudi, termasuk penempatan haram Noqedim – tempat tiggal Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman – dan juga penempatan haram El David. Oleh kerana itu, penduduk Jubbet al-Dhib tidak mendapat sebarang kemudahan asas serta dilarang membuat sebarang pembinaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts