Tentera Zionis musnah gerai peniaga Palestin di Jenin

TULKAREM, 9 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis merobohkan bangunan gerai dan tempat menyimpan barangan jualan peniaga Palestin yang terletak di kedua-dua belah jalan berdekatan sekatan al-Thiba di barat wilayah Jenin dalam operasi sepanjang malam tadi, tanpa memberi sebarang notis awal.

Pihak tentera mendakwa bangunan tersebut dibina dalam Kawasan C, iaitu tanah Palestin di Tebing Barat yang ditadbir dan dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis. Sedangkan peniaga Palestin telah beroperasi di situ sejak bertahun-tahun.

Dua hari lalu, tentera penjajah Zionis telah memusnahkan gerai-gerai peniaga berdekatan sekatan al-Jalama di utara Jenin.

Penduduk miskin Palestin berniaga menjual makanan, sayuran dan buah-buahan di gerai-gerai di tepi jalan bagi menyara hidup keluarga mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts