BEIT LAHM, 4 Jan 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memusnahkan 10 telaga air yang digunakan oleh petani Palestin di bandar Tekoua’ di timur Beit Lahm, atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran.
Tentera Zionis menghalang pemilik tanah memasuki kawasan tersebut ketika kerja perobohan dilakukan.
Datuk Bandar Tekoua’ mendakwa tindakan tersebut sebagai tidak sah kerana ia dilakukan tanpa sebarang arahan mahkamah.