Tentera Zionis musnahkan 2 apartmen di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 15 Ogos 2018 — Tentera Zionis memusnahkan dua buah apartmen di badar al-‘Isawiya di Baitulmaqdis Timur pagi tadi, atas dakwaan bangunan tersebut dibina tanpa kebenaran.

Puluhan anggota tentera, termasuk mereka yang berpakaian preman, menyerbu bandar al-‘Isawiya dan mengepung kawasan bangunan milik keluarga Nader Nasser Abu Ryala itu. Apartmen terbabit telah siap dibina dan dipasang dengan perabot.

Keluarga Abu Ryala telah menyerahkan semua dokuman permohonan pembinaan kepada pihak perbandaran Zionis sejak beberapa tahun lalu.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts