Tentera Zionis musnahkan bangunan di al-Quds

AL-QUDS, 4 Mei 2017 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis diiringi oleh pasukan tentera yang lengkap bersenjata meroboh beberapa bangunan komersial milik penduduk Palestin, Muti’ dan Mahmoud Abu Reyala, di bandar al-Issawiya di al-Quds pagi tadi.

Sebanyak 12 struktur bangunan, termasuk tiga buah rumah, dua buah berek kediaman, sebuah bangsal ternakan dan enam tembok telah dirobohkan di al-Quds sepanjang bulan April lalu. Sebanyak 30 keluarga termasuk 20 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal akibat tindakan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts