AL-KHALIL, 17 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memusnahkan kebun pertanian milik penduduk Palestin di bandar Beit Oula di selatan al-Khalil tanpa mengeluarkan sebarang notis awal.
Tanah seluas 1.5 hektar yang terletak berdekatan Tembok Pemisah itu adalah milik petani Muhammad al-Amla, yang ditanam dengan lebih 300 pohon zaitun.