Tentera Zionis musnahkan kilang arang di Yabad, 2,000 hilang pekerjaan

JENIN, 17 Nov 2016 (PIC) — Tentera Zionis pagi tadi memusnahkan sebahagian daripada kilang-kilang arang kayu di Yabad, selatan wilayah Jenin, yang memberi pekerjaan kepada 2,000 penduduk Palestin.

Seorang pemilik kilang, Nasher Amaronah, menyatakan bahawa tentera merampas semua peralatan membakar arang di Yabad dan Zubdah, atas alasan untuk melindungi alam sekitar dan mengurangkan kepadatan penduduk di kawasan tersebut.

Daerah Yabad terkenal sebagai pengeluar tradisi arang kayu sejak ratusan tahun lalu. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan, tentera Zionis merampas kayu-kayu dan mengeluarkan amaran untuk memusnahkan kilang-kilang arang di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts