Tentera Zionis musnahkan klinik ujian Covid-19 di al-Khalil

AL-KHALIL, 21 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi meroboh sebuah klinik khusus bagi ujian Covid-19 yang masih dalam pembinaan di al-Khalil.

Tentera turut merampas semua peralatan.

Kenyataan pemilik tanah di mana pusat ujian itu dibina, Raed Maswadi, menegaskan bahawa klinik yang terletak di laluan masuk utara kota al-Khalil itu bertujuan untuk meringankan tekanan ke atas hospital-hospital di al-Khalil yang berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19.

Tiga hari lalu, tentera Zionis menyerbu lokasi tersebut dan mengeluarkan arahan henti kerja dan perobohan.

(Palinfo, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts