Tentera Zionis musnahkan laluan utama ke perkampungan Nabi Samuel

BAITULMAQDIS, 26 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis tengahari semalam memusnahkan laluan utama menuju ke perkampungan Nabi Samuel di barat laut Baitulmaqdis.

Perkampungan Nabi Samuel sejak beberapa tahun lalu diasingkan oleh Tembok Pemisah Zionis, di mana penduduknya tidak boleh keluar atau masuk kecuali dengan melalui sebuah sekatan tentera.

Sekitar 250 penduduk Palestin tinggal di situ, tanpa sebarang kemudahan dan perkhidmatan asas. Mereka juga dilarang meluaskan rumah atau membina tempat tinggal baharu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts