Tentera Zionis musnahkan paip bekalan air penduduk Palestin

LEMBAH JORDAN, 5 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis memusnahkan paip yang menyalirkan bekalan air ke kebun petani Palestin di Lembah Jordan pagi tadi.

Paip milik Bassem Faqha itu membekalkan air ke kebun tembikai seluas 15 hektar.

Lembah Jordan membentuk satu-per-tiga daripada keluasan Tebing Barat. Sehingga 88% tanahnya dimasukkan dalam Kawasan C yang dikawal penuh oleh tentera Zionis. Tentera Zionis kerap memusnahkan bangunan dan infrastruktur penduduk Palestin, terutama golongan Arab Badwi.

(Maan, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts